Berkaitan KMS.
1. KMS adalah singkatan bagi Kolej Matrikulasi Selangor, yang
terletak di Banting, Selangor.
2. Ditubuhkan pada tahun 2010.
3. Jurusan yang ditaawarkan : i. Sains modul 1
ii. Sains modul 2
iii. Sains modul 3
iv. Perakaunan
SEJARAH KMS.
Kolej
Matrikulasi Selangor (KMS) dijadualkan beroperasi pada bulan Mei 2010
dengan bermulanya sesi akademik 2010/2011. Kolej ini mula dibina pada
awal 2008 dan merupakan kolej matrikulasi ke-13 di seluruh Malaysia di
bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kampus KMS terletak
di kawasan seluas 90 ekar di Kampung Kathong, Mukim Jugra, Banting.
Lokasi kampus ini ialah 7 km ke arah barat dari Bandar Banting, 55 km
dari Kuala Lumpur, 20 km dari KLIA dan 40 km dari Putrajaya.
Kedudukannya berhampiran dengan beberapa institusi latihan dan
pendidikan seperti Pusat Latihan TUDM, Institut Latihan Perindustrian
dan Kolej Komuniti dan dikelilingi oleh beberapa bandar utama seperti
Shah Alam (40 km), Kelang (30 km), Port Dickson (90 km) dan Morib (14
km). Beberapa institusi pendidikan yang baru juga sedang dalam
pembinaan.
KMS boleh
menempatkan seramai 3,000 orang pelajar secara full
board di 5 blok kediaman yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan
serta bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar terdapat 3 kafeteria
yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar.
Pelajar dan kakitangan KMS boleh melaksanakan aktiviti ibadah di sebuah
masjid yang terletak di tengah-tengah kampus yang boleh memuatkan
lebihkurang 2,500 orang. Sebuah Pusat Pelajar juga dibina berhampiran
bagi mengendalikan semua urusan berhubung hal ehwal pelajar yang akan
menempatkan kaunselor, Penolong Pengarah Peperiksaan dan Penolong
Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
seperti kemudahan ATM, kaunter HEP, kedai koperasi dan pusat aktiviti
pelajar.
Dalam
melaksanakan proses pengajaran, terdapat 6 buah dewan kuliah yang
dilengkapi dengan peralatan LCD, skrin, dll bagi memuatkan antara 150 -
250 pelajar. Terdapat 52 bilik tutoran dengan 19 buah makmal sains
untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat
yang mengandungi 7 makmal komputer dan 3 makmal bahasa desediakan
dengan talian internet, WiFi dan lain-lain peralatan terkini .
Bagi memenuhi
keperluan pelajar dan kakitangan untuk beriadah dan bersukan pelbagai
kemudahan dan peralatan disediakan. Ini termasuklah padang bola sepak,
satu padang hoki, 3gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang tenis, 4
gelanggang bola tampar, 4 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang skuash,
2 gimnasium dan satu dewan serbaguna.
KMS juga menyediakan perkhidmatan lain dengan caj yang berpatutan
seperti perkhidmatan dobi dan percetakan. TASKA untuk anak-anak
pensyarah dan kakitangan juga beroperasi bagi memudahkan pensyarah dan
kakitangan mendapat perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka semasa
mereka bekerja.
Banting,
bandar yang terletak di tepi Sg, Langat merupakan bandar terdekat
dengan kampus KMS. 7 km jaraknya dari KMS pada kedudukan 2.8” utara dan
101.6” timur adalah bandar yang sedang pesat membangun akibat
limpahan pembangunan yang rancak di sekitarnya seperti Putrajaya.
Pembukaan KLIA juga memberi sumbangan hebat ke atas pembangunan
Banting, Rangkaian jalan raya yang baik disambungkan dengan
beberapa bandar yang lain di sekitar seperti Morib, Shah Alam dan
Klang.